Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

Merah Merecikk !! Aksi 125z belanja aksi pacak bersama awek Raya 2k17



Merah Merecikk Abiss!! Aksi abang 125z merah belanja aksi pacak bersama awek Raya 2k17 . Raya sedondon, dari baju ke motor sampai ke rim kaler merah merecikk sedondon ko... aksi pacak gotong awek 125z 2k17. Selamat Hari Raya 2017 buat semua abang moto di Dunia.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Padu Terok !!! Steady Der, Kriss Achey Exzos Berapi2



acheykintangkintung: So raya ni tak payah beli mercun... hahahha semalam terkejar nak balik sahur... kriss 110cc First model... chamber ekzos... bukan merempit yeaa..

Kredit : acheykintangkintung

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

TURUN LAGI ! SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 22/06/17 - 28/06/17



BERMULA 22 Jun (esok), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lagi 7 sen, manakala diesel kekal. Penurunan harga petrol akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 22/06/2017 hingga 28/06/2017.
Sebagai makluman, ini ialah minggu kelima berturut-turut harga petrol turun. Ini bermakna harga RON95 turun kepada RM1.91 seliter berbanding RM1.98 pada minggu lalu. Begitu juga harga RON97 turun kepada RM2.17 seliter daripada RM2.24 seliter.
Diesel pula kekal kepada RM1.88 seliter  seperti pada minggu lalu.

SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 22/06/17 - 28/06/17

  • RON95: RM1.91 (turun 7 sen)
  • RON97: RM2.17 (turun 7 sen)
  • Diesel: RM1.88 (kekal)
** Boleh raya sakan la macam ni :)

Artikel Menarik Untuk Dibaca >> 8 Tips Dan cara Untuk Jimatkan Minyak Motosikal

125Z kena makan 135LC, Abang 125z jalan depan dulu !!



125z kena makan 135LC macam tu je, 125z jalan depan dulu !! Kasi muka sikit. Tengok2 tepi depan dh xde dh 125z. Moto yang rakam 135LC spec biasa2 je sama2 modify.. Lokasi bagan... Amacam ada berani? Jgn pandang rendah pada moto 4 stroke, kalau moto anda laju ada lg laju...

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Mantap ! Aksi Stuntman Motosikal Modenas Pulsar Ns200 dan Rs200



Mantap ! Aksi Stuntman Motosikal Modenas Pulsar Ns200 dan Rs200. Ingat moto yang mahal2 saje ke boleh buat.. Moto harga mampu milik untuk rakyat malaysia. Moto baek bro, harga pasar malam je. Berbaloi la dengan harga, design pun menarik. Moto hasil dari usaha sama Bajaj Auto dari India. Kalau kt sana korang pakai moto ni kira hebat la. Jimat minyak plak tu. Sesuai untuk tunggangan ulang alik pergi kerja. Support syarikat Modenas Malaysia. Kalau ada rezeki admin nak angkat Rs200 buat ronda petang2.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Wekang terus ! Nasib Kau Baik, Sipi2 cium bontot Kereta



Wekang Terus ! Nasib Kau Baik, Sipi2 Cium Bontot Kereta
Memang bro superbike ni ada skill cantik gak la tak mudah melatah.. hehe, fuhhh dalam hati macam mana la agaknya. Silap skit bersepai, salah sape ? apa pun abang superbike malaysia terus maju ! semoga lahir seseorang mcm rossi.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Mana Yang Laju ?? Honda RS150R Vs Y15zr Standard Kilang



Mana Yang Laju ?? Honda RS150R Vs Y15zr Standard Kilang
Sebab ramai asyik tanya soalan yang sama admin combine la 2 video moto kapcai kegemaran rakyat malaysia tp kelajuan dalam video bukanlah ukuran sebenar. Y15zr rapat meter 137 cut off rpm 9+, Rs150r rapat meter 145 rpm 10++ cut off. Meter berat tak sama rasanya y15zr berat skit je. Kalau ikutkan spec beza antara keduanya Rs150r lebih hanya 0.4hp sahaja. Kalau main sprocket dan Ecu boleh pergi lagi.

No 1~ Honda Rs150r satu hati 145kmj
No 2~ Yamaha Y15zr semakin di depan 137kmj
No 2~ Benelli RFS 150i semakin di kenali 134kmj

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

10 Tips Menunggang Motosikal Dengan Cermat Dan Selamat

Indeks dan angka jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal semakin hari semakin bertambah sejak dari tahun 2014 lagi. Baru-baru ini juga ada banyak kemalangan berlaku yang melibatkan penunggang baik dari kalangan pelajar mahu pun mereka yang sudah bekerja.

Kemalangan jalan raya memang datangnya dari pelbagai faktor namun punca dari kealpaan dan kelalaian pembonceng motosikal itu sendiri juga menjadi antara penyumbang.

Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa  tips utama agar anda dapat menunggang motosikal dengan cermat dan selamat. Antara tipsnya ialah :

Tips 1 : Memakai Visor Helmet
Tidak semua penunggang motosikal gemar untuk menggunakan visor helmet ketika mereka menunggang motor. Ada yang merasa rimas, pandangan tidak jelas dan ada juga yang memberi alasan ianya agak leceh.

Namun begitu tahukah anda bahawa helmet yang di sertakan dengan visor mampu memberi  kelebihan buat anda seperti mengurangkan sinaran matahari terus ke penglihatan serta ianya dapat membantu wajah anda daripada terkena apa-apa serpihan ketika menunggang. Sebaiknya, pilihlah visor yang sederhana kecerahannya.



Tips 2 :  Memakai kasut

Tidak semua orang suka memakai kasut ketika menunggang motosikal melainkan jika anda bekerja di sektor yang mewajibkan anda untuk memakai kasut.

Bagi anda yang menunggang motosikal, memakai kasut akan melindungi kaki anda daripada tercedera walaupun untuk ukuran yang kecil.

Kita tidak tahu mungkin sahaja berlaku geseren di atas permukaan jalan atau anda mungkin terjatuh dari motor, memakai kasut yang sesuai mampu untuk melindungi kaki anda daripada cedera.

Tips 3 : Lihat rantai dan gear

Jadilah penunggang motosikal yang bertanggungjawab. Usah terlalu asyik menggunakan motosikal anda ke mana-mana tanpa melihat keadaan rantai dan gear sama ada ianya dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Pastikan rantai dan gigi gear (spoket) tidak berbunyi. Jika perlu tukar maka lakukan penukaran dengan segera.



Tips 4 : Lesen

Sangat penting untuk anda selalu memeriksa status lessen anda. Jika ke mana-mana pastikan lessen di bawa bersama. Ramai yang mengambil mudah hal ini apabila mereka keluar rumah. Jangan sampai pihak polis menahan anda kerana hanya tidak membawa lessen motor.

Tips 5 : Keadaan tayar motorsikal

Berapa kali anda periksa kedua-dua tayar motosikal anda setiap minggu sebelum anda bergerak? Rata-rata ramai yang tidak endah akan keadaan tayar motosikal mereka.
Pastikan kedua-dua tayar motosikal anda itu mempunyai angin yang cukup.

 Tips 6 : Sidemirror

Sangat ramai penunggang motosikal yang berani mati dengan menunggang motor tanpa ada sidemirror. Jika ada pun cermin itu seolah-olah tidak memberi fungsi kepada mereka ketika berada di atas jalan raya. Sebelum begerak, pastikan sidemirror di setting terlebih dahulu. Banyak kes kemalangan yang berlaku apabila penunggang motor tidak prihatin akan kenderaan sekeliling dan tidak menggunakan fungsi sidemirror sepenuhnya.

Tips 7 : Menjaga jarak

Ketika anda berada di lampu isyarat, pastikan jarak kaki anda itu di jaga apabila ada kenderaan lain yang lebih besar berada dekat dengan anda sama ada van, kereta, bas atau lori.

Tips 8 : Elak langgar lubang

Anda selaku pengguna jalan raya yang membawa motosikal, anda di lihat jauh lebih kecil dari yang lain dan mempunyai risiko lebih tinggi. Apabila anda melalui jalan raya yang permukaan tidak rata dan berlubang, anda juga lebih berisiko untuk jatuh,cedera atau motor anda mungkin berisiko untuk rosak.
Oleh itu, elakkan daripada melanggar lubang.

Tips 9 :  Ambil tahu “port” panas

Jadilah juga penunggang motor yang prihatin dengan mengetahui antara tempat yang menjadi tumpuan speed trap. Dengan cara ini anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

Tips 10 : Pastikan keadaan anda baik

Jika mengantuk berhentilah dahulu di mana-mana untuk rehat. Ini biasanya berlaku kepada penunggang yang bekerja jarak jauh dan membawa motor dalam keadaan penat dan tidak bermaya. Ini sangat merbahaya kepada mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Itu dia, 10 tips mudah untuk anda amalkan semasa menunggang motosikal. Semoga anda menjadi penunggang yang berhemah dan bijak.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini >>

8 Tips Dan cara Untuk Jimatkan Minyak Motosikal




Kapcai Topspeed 199Kmh, Y15zr Setting Baik Punye !!



Video on the road Y15zr spec 57mm.. Out Meter 199 km/h.. Lagi semata nk cecah 200kmh 😱, Modal xpasti berapa, mesti keras ni. walupun block tu 57mm tu kira block standard je tp kaw2 dia pergi. Mgkin diorg setting utk cup prix kot. Y15zr semakin kedepan.
Kredit :
#MendobutMotorworks
#TuneBoss
#UmaRacing
#Setup&TunebyAlongDragon
#Kapcai Jahat Kaki Tapau

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Mamat EX5 Kepala Masuk Air, Member Pulak Melayan



Mamat EX5 Kepala Masuk Air, Member Pulak Melayan camni la jadinya haha. Sesekali kalau melepak ada kawan camni memang meriah jadinya. Kadang kala x tentu hala. Bermacam ragam. Simpan video ni buat kenangan haha.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

Head kaca toqq ! Meletup letup oi ..



Head kaca toqq ! Padu gak api moto..kalau bawa moto camni bawa pi jalan malam-malam tobat kecut org tengok ..nak potong pun takut haha. Tambah time full throttle api bersembur2..admin pun tak pasti samada head kaca atau acrylic. Harap buat la moto camni sebiji nnt payung video.

Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com

8 Tips Dan cara Untuk Jimatkan Minyak Motosikal



Kos sara hidup hari ini makin lama makin bertambah. Tidak kiralah sama ada anda seorang pelajar kolej  atau pun sudah bekerjaya, beban sara diri yang kian meningkat dapat di rasakan.

Pelbagai keperluan perlu di beri perhatian termasuklah untuk urusan pengangkutan. Jika anda ke tempat kerja atau ke tempat belajar dengan menaiki motosikal, anda perlu mengisi minyak setiap hari. Makin jauh jarak perjalanan, makin banyaklah peruntukan kewangan yang perlu anda laburkan untuk bergerak.

Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa tips mudah untuk melakukan penjimatan minyak motosikal anda. Semoga semua tips ini bermanfaat buat anda :

Tips 1 : Isi Minyak Waktu Malam Atau Pagi

Pilihlah waktu yang sesuai untuk mengisi minyak motor anda. Sebenarnya tips ini juga sesuai untuk semua kenderaan yang lain. Kenapa anda di sarankan untuk mengisi minyak motor pada waktu ini?

Ini kerana ketika waktu malam atau awal pagi, kandungan cecair  di katakan berada dalam keadaan mampat berbanding waktu lain di mana panas matahari sedang naik (waktu panas tengah hari sebagai contoh).

Maka isilah minyak motosikal anda di waktu yang di sarankan supaya isian petrol akan menjadi lebih banyak.


Tips 2 : Beri perhatian pada berat motosikal

Semakin bertambah jumlah berat motor anda, semakin besar jumlah minyak yang perlu di bakar untuk mengangkut beban yang ada .

Cuba lihat pada mana-mana bahagian motosikal anda yang boleh di kurangkan beratnya seperti menukar bakul besi kepada bakul dari jensi plastic.

Anda juga boleh tukarkan seat anda kepada seat yang lebih ringan.

Tips 3 : Pemilihan motor semasa membeli

Elakkan daripada mengikut hawa nafus dengan membeli motosikal yang berwajah cantik tapi agak parah dalam penggunaan minyak. Pastikan anda membuat survey di samping mencari motosikal yang bukan sahaja bagus dari segi harga tapi bagus juag dari sudut penggunaan minyak.


Tips 4 : Tiada sifat “melenjan” motor

Adakah anda suka untuk memulas minyak motor sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat? Elakkan diri anda daripada memiliki sifat mat rempit sejati yang suka memulas minyak motor kerana cara ini akan menelan lebih banyak penggunaan minyak.

Mahu jimat minyak  motosikal? Maka anda perlulah memulas minyak motor  anda  dengan cara sederhana dan bukannya secara mendadak.

Tips 5 : Bebanan diri

Usah sensitive jika anda di sarankan untuk mengurangkan berat badan hanya kerana mahu mengurangkan  kos minyak motosikal. Ini kerana motor yang perlu mengangkut bebanan lebih besar akan menarik lebih banyak penggunaan minyak. Maka jika tuan empunyanya lebih kurus, beban yang di angkut oleh motor juga akan lebih berkurangan.
Jika anda pergi ke tempat kerja dan tempat belajar dengan membawa banyak barang, cuba lihat dahulu mana yang boleh di kurangkan atau tidak. Ini juag boelh membantu.

Tips 6 : Rancang perjalanan anda

Sudah tentu lebih panjang jarak perjalanan anda, lebih banyak masa di ambil maka  lebih banyak juga penggunaan minyak terbuang.

Rajin-rajinkan diri untuk mencari jalan pintas dengan bertanyakan kepada orang lain atau melihat melalui google maps.

Tips 7 : Elakkan laluan berbukit

Jika perjalanan anda itu akan melalui kawasan bukit, cuba untuk cari laluan alternative lain jika ada.Kenapa perlu mengelak jalan berbukit? Lalauan mendaki akan mengerahkan motorsikal anda untuk lebih bekerja kuat bagi memecut dan penggunaan minyak juga akan menjadi lebih banyak.

Tips 8 : Tayar yang cukup angin

Jika tayar motor anda cukup baik, maka perjalanan anda juga akan menjadi lebih ringan. Maka  ianya akan membantu motosikal anda untuk menjimatkan lagi penggunaan minyak.

Jadi, mudah bukan caranya? Selamat mencuba.

Anda mungkin meminati artikel ini >>> 

3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER SEPERTI PRO !