Pernahkah
anda merancang untuk travel ke mana-mana hanya dengan menunggang motosikal
anda? Bagaimana pula jika anda melancong ke Thailand dengan cara konvoi
bermotor bersama-sama rakan-rakan anda?
Pastinya ia
satu pengalaman yang mengujakan.
Namun
begitu, melancong ke Thailand dengan membonceng motosikal anda sendiri bukanlah
satu hal yang mudah. Pelbagai persediaan perlu di lakukan. Jika anda mahu
melancong ke Thailand menggunakan motor, ini adalah artikel yang di tulis
khusus untuk anda.
Tips 1 : Persediaan
diri
Pertama,
pastikana anda sudah punya semua dokumen yang di kehendaki. Jangan lupa untuk
simpan IC, lessen motor anda dan lain-lain di dalam sebuah beg khusus. Jika
dalam perjalanan mungkin ada apa-apa keperluan yang menuntut anda untuk
menunjukkan butiran peribadi, maka semuanya sudah beres tanpa masalah.
Tips 2 :
Motorsikal anda berada dalam keadaan tip top
Pastikan
motor anda tidak punya masalah yang berkaitan dengan undang-undang. Seterusnya,
setiap bahagian juga perlu di perhatikan supaya semuanya berada dalam keadaan
baik. Anda sendiri tidak mahu berdepan dengan masalah teknikal apabila dalam
perjalanan ke Thailand nanti.
Tips 3 : Patuh
undang-undang
Sama seperti
undang-undang di Malaysia, di Thailand juga mereka punya peraturan jalan raya
yang lebih kurang sama. Jangan menunggang motor anda melebihi 90 KM/Jam.
Penduduk
Thailand selatan sebenarnya tidak mengambil tahu tentang peraturan jalan raya
di negara mereka. Kebanyakan mereka juga menunggang motor di jalan tanpa
lessen.
Oleh itu
anda perlu berhati-hati. Mungkin sahaja
kelalaian orang lain akan memberi mudarat pada kita. Nauzubillah.
Tips 4 : Jaga
jarak
Jika anda
sampai di Thailand, anda dapat lihat pemanduan mereka agak gila kerana mereka
suka mencelah tanpa memberi apa-apa syarat. Jika berlaku kemalangan kecil di
hadapan mata, itu mungkin menjadi perkara biasa.
Oleh itu
jaga jarak motor anda dengan kenderaan lain. Mereka mungkin membelok tanpa
memberi signal kepada anda.
Tips 5 : Halaju
Sangat
penting untuk anda menjaga halaju motor anda bila berada di Thailand. Ini
kerana kebanyakan kenderaan di sana suka melakukan U-turn secara tiba-tiba
apatah lagi jika kawasan itu bersemak.
Dengan
menunggang motor anda lebih perlahan, anda boleh mengurangkan apa-apa risiko.
Tips 6 : Buka
lampu hadapan
Jika anda
pergi ke Thailand secara berkonvoi, jangan lupa untuk menyalakan lampu
menandakan anda berada dalam satu kumpulan yang sama. Jika kenderaan penduduk
tempatan mahu mencelah, berikan lalukan kepada mereka dan hormati mereka
sebagai penduduk di sana.
Tips 7 : Kad
info
Sekiranya
anda gemar untuk melancong secara solo dan mahu menunggang ke Thailand
sendirian, pastikan ada kad info di letakkan di motor anda atau di gantung di
leher seperti kad info yang di gunakan oleh pelajar kolej.
Cara ini
adalah untuk memudahkan orang ramai membantu anda sekiranya ada perkara yang
tidak di ingini yang mungkin berlaku.
Tips 8 :
Rakan Thailand
Sekiranya
anda mempunyai kenalan atau rakan dari Thailand, ajak juga mereka untuk
menunggang motor bersama-sama dengan anda.
Apabila kita
bersiar-siar di Thailand bersama dengan penduduk tempatan, keadaan akan menjadi
lebih harmoni dan banyak urusan akan menjadi lebih mudah kerana akan ada
individu yang guide anda.
Jika anda
mahu ke Thailand bersama motor kesayangan anda, inilah masanya. Rancang
perjalanan anda dengan baik dan semoga anda menikmati travel anda.
Artikel menarik lain untuk dibaca >> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan
Artikel menarik lain untuk dibaca >> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan