Kos sara hidup hari ini makin lama makin bertambah. Tidak kiralah sama ada anda seorang pelajar kolej atau pun sudah bekerjaya, beban sara diri yang kian meningkat dapat di rasakan.
Pelbagai
keperluan perlu di beri perhatian termasuklah untuk urusan pengangkutan. Jika
anda ke tempat kerja atau ke tempat belajar dengan menaiki motosikal, anda
perlu mengisi minyak setiap hari. Makin jauh jarak perjalanan, makin banyaklah
peruntukan kewangan yang perlu anda laburkan untuk bergerak.
Melalui
artikel ini, anda akan di berikan beberapa tips mudah untuk melakukan
penjimatan minyak motosikal anda. Semoga semua tips ini bermanfaat buat anda :
Tips 1 : Isi
Minyak Waktu Malam Atau Pagi
Pilihlah
waktu yang sesuai untuk mengisi minyak motor anda. Sebenarnya tips ini juga
sesuai untuk semua kenderaan yang lain. Kenapa anda di sarankan untuk mengisi
minyak motor pada waktu ini?
Ini kerana
ketika waktu malam atau awal pagi, kandungan cecair di katakan berada dalam keadaan mampat
berbanding waktu lain di mana panas matahari sedang naik (waktu panas tengah
hari sebagai contoh).
Maka isilah
minyak motosikal anda di waktu yang di sarankan supaya isian petrol akan
menjadi lebih banyak.
Tips 2 : Beri
perhatian pada berat motosikal
Semakin
bertambah jumlah berat motor anda, semakin besar jumlah minyak yang perlu di
bakar untuk mengangkut beban yang ada .
Cuba lihat
pada mana-mana bahagian motosikal anda yang boleh di kurangkan beratnya seperti
menukar bakul besi kepada bakul dari jensi plastic.
Anda juga
boleh tukarkan seat anda kepada seat yang lebih ringan.
Tips 3 :
Pemilihan motor semasa membeli
Elakkan
daripada mengikut hawa nafus dengan membeli motosikal yang berwajah cantik tapi
agak parah dalam penggunaan minyak. Pastikan anda membuat survey di samping
mencari motosikal yang bukan sahaja bagus dari segi harga tapi bagus juag dari
sudut penggunaan minyak.
Tips 4 :
Tiada sifat “melenjan” motor
Adakah anda
suka untuk memulas minyak motor sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat? Elakkan
diri anda daripada memiliki sifat mat rempit sejati yang suka memulas minyak
motor kerana cara ini akan menelan lebih banyak penggunaan minyak.
Mahu jimat minyak motosikal? Maka anda perlulah memulas minyak
motor anda dengan cara sederhana dan bukannya secara
mendadak.
Tips 5 : Bebanan
diri
Usah
sensitive jika anda di sarankan untuk mengurangkan berat badan hanya kerana
mahu mengurangkan kos minyak motosikal.
Ini kerana motor yang perlu mengangkut bebanan lebih besar akan menarik lebih
banyak penggunaan minyak. Maka jika tuan empunyanya lebih kurus, beban yang di
angkut oleh motor juga akan lebih berkurangan.
Jika anda
pergi ke tempat kerja dan tempat belajar dengan membawa banyak barang, cuba
lihat dahulu mana yang boleh di kurangkan atau tidak. Ini juag boelh membantu.
Tips 6 : Rancang
perjalanan anda
Sudah tentu
lebih panjang jarak perjalanan anda, lebih banyak masa di ambil maka lebih banyak juga penggunaan minyak terbuang.
Rajin-rajinkan
diri untuk mencari jalan pintas dengan bertanyakan kepada orang lain atau
melihat melalui google maps.
Tips 7 : Elakkan
laluan berbukit
Jika
perjalanan anda itu akan melalui kawasan bukit, cuba untuk cari laluan
alternative lain jika ada.Kenapa perlu mengelak jalan berbukit? Lalauan mendaki
akan mengerahkan motorsikal anda untuk lebih bekerja kuat bagi memecut dan
penggunaan minyak juga akan menjadi lebih banyak.
Tips 8 :
Tayar yang cukup angin
Jika tayar
motor anda cukup baik, maka perjalanan anda juga akan menjadi lebih ringan.
Maka ianya akan membantu motosikal anda
untuk menjimatkan lagi penggunaan minyak.
Jadi, mudah
bukan caranya? Selamat mencuba.
Anda mungkin meminati artikel ini >>>
Anda mungkin meminati artikel ini >>>
No comments:
Post a Comment