Kes kecurian
motor sering berlaku dari tahun ke tahun dan jenayah ini semakin hari semakin
membimbangkan. Jika anda sendiri pernah melalui pengalaman pahit ini, pasti
anda merasa serik untuk memiliki motor yang jauh lebih mahal, bimbang jika
pisang bakal berbuah dua kali.
Jika anda
mahu motosikal anda selamat daripada di curi pihak tidak bertanggungjawab,
ikuti 5 tips keselamatan di bawah ini :
Tips 1 : Disc
Lock
Rata-rata
semua motosikal mempunyai disc lock (kunci brek hadapan). Jangan sia-siakan
fungsi brek ini untuk mengelakkan motor anda daripada di curi. Memang benar,
ada kalanya si pencuri sangat bijak dan mampu lolos disc lock dan mereka boleh mengangkut pergi motosikal anda tanpa anda sedari.
Namun
begitu, meninggalkan motor dengan brek hadapan di kunci paling kurang dapat
melengahkan sang pencuri. Jika pergerakannya mencurigakan orang ramai, paling
tidak anda dan orang sekeliling punya masa untuk menghalang mereka.
Tips 2 : Penggunaan
rantai atau kabel
Jika
motosikal menggunakan kunci brek hadapan masih tidak menjamin motor anda di
curi, terus apakah ada cara lain yang boleh anda guna? Jika pencuri adalah
sekitar 3-4 orang dan mereka mengangkat motor anda menggunakan lori atau van,
memang benar anda perlu ikhtiar untuk mengetatkan lagi jaringan keselamatan motosikal
anda.
Anda di
sarankan untuk menggunakan kabel atau rantai motor dan tambatkan pada objek
kekal seperti tiang elektrik atau pada motosikal rakan anda yang lain.
Gunakan
kabel dari jenis aloi . Ia bukan sahaja ringan malah lebih kuat serta kukuh dan jika ada mana-mana individu mahu mencuri motor anda, mereka perlu
memotong terlebih dahulu kabel itu menggunakan alat kimpalan logam.
Jadi jika
boleh, laburkan wang anda untuk membeli kabel anda sendiri untuk tujuan
keselamatan motosikal kesayangan anda.
Tips 3 : Sistem
penggera
Sama seperti
kereta anda yang mempunyai system penggeranya sendiri, maka motosikal anda juga
boleh di tingkatkan keselamatannya menggunakan kaedah yang sama.
Jika berlaku
apa-apa pergerakan pada motor anda, penggera akan berbunyi dan ini dapat
menarik perhatian orang sekeliling. Sekiranya kawasan rumah anda di ceroboh
pada waktu malam dan motosikal anda mungkin mahu “di angkut” oleh si pencuri,
paling kurang anda mungkin akan tersedar dari tidur kerana akan ada bunyi yang
di keluarkan melalui alarm motosikal anda.
Namun
begitu, suka di kongsi kepada anda bahawa tidak semau keadaan akan membantu.
Ini kerana ada sesetengah pencuri akan dengan sengaja menggerakkan motosikal
anda sehingga system berbunyi. Cara ini akan di lakukan berulang kali dan
sambil itu pencuri itu akan memerhatikan dari jauh sekiranya empunya motosikal
akan datang atau tidak. Jika hanya penggera yang berbunyi namun tiada orang
yang datang, maka pencuri akan membawa dan mengangkat motosikal anda begitu
sahaja.
Tips 4 : Lokasi
parking
Memang tidak
mudah untuk memilih tempat parking bagi meletakkan motosikal kesayangan anda.
Namun begitu, untuk mengurangkan lagi risiko motor daripada di curi,
letakkanlah ia di tempat yang sering adanya lalu lalang orang ramai. Jika anda
makan di kedai letakkan motosikal anda di hadapan kedai dan elakkan mana-mana
tempat berisiko seperti belakang bangunan.
Pencuri
sukakan privasi. Makin jauh motosikal anda daripada pandangan manusia, makin
mudah untuk mereka melakukan kerja mereka.
Tips 5 : Mengatur
susunan kenderaan
Bukan sahaja
di tempat awam, motosikal juga sangat banyak di curi dari rumah kediaman orang
ramai. Mereka mungkin sudah melihat pergerakan anda dari tempat kerja ke rumah
anda.
Adalah lebih
baik anda meletakkan motor anda itu di belakang kereta anda. Maksudnya di sini,
jika mengikut akal, mereka perlu mengalihkan kereta dahulu untuk mengeluarkan
motosikal anda.
Lakukan apa
sahaja untuk mengurangkan risiko motosikal anda di curi. Ia bukanlah satu
barang yang mudah untuk di beli dengan
kos murah. Semoga semua tips ini akan
dapat membantu anda nanti.