Ramai orang
terutamanya dari kalangan kaum lelaki memasang angan-angan untuk memiliki motorsikal berkuasa besar mereka sendiri. Motorsikal berkuasa besar yang kelihatan segak dan bergaya
memang membuatkan ramai yang cair bila melihatnya.
Tambahan pula
apabila ia memecut di lebuh raya, bagaikan akan ada satu kepuasan besar buat si
penunggang.
Namun begitu
negara mencatat jumlah kemalangan jalan raya yang makin bertambah dan mengikut
info 70% kemalangan jalan raya itu datangnya dari penunggang motosikal.
Ini juga
termasuklah mereka yang menunggang motorsikal berkuasa besar. Jika di lebuh raya, berita
kemalangan yang melibatkan penunggang superbike sering terlihat saban tahun.
Anda yang
mahu menjinakkan diri untuk memiliki superbike atau sportbike anda sendiri di nasihatkan untuk
memilih motorsikal yang bukan sahaja sesuai dengan kemampuan poket anda malah
ianya perlulah sesuai dengan kemampuan diri.
Jika anda
mampu untuk membeli sesebuah motorsikal berkuasa besar tetapi anda tidak mampu untuk mengawal
jenteranya, ia mungkin akan memberikan risiko buat anda.
Jadi sangat
penting untuk anda kenali kemampuan diri sendiri terlebih dahulu untuk memahami
selok belok dan teknikal sesebuah motorsikal sebelum beralih ke kapasiti yang
lebih besar.
Jom kenali
beberapa jenis motorsikal berkuasa besar yang mungkin sesuai dengan anda :
Yamaha YZF- R25
Menarik mengenai YZF-R25, ianya merupakan model paling berkuasa dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain. Di kuasakan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, 8 injap, sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 36PS (35.5hp, 26.5kW) pada 12,000RPM dan kuasa tork sekitar 22.1Nm pada 10,000RPM, angka yang lebih tinggi mengatasi Ninja 250 yang berkuasa 32hp yang sebelum merupakan model 250 paling berkuasa. Dengan rangka kukuh jenis berlian yang menawarkan ketegaran tertinggi menyokong enjin sekuat dari Yamaha ini.
Harga sekitar RM20,630
Yamaha YZF- R25
Menarik mengenai YZF-R25, ianya merupakan model paling berkuasa dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain. Di kuasakan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, 8 injap, sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 36PS (35.5hp, 26.5kW) pada 12,000RPM dan kuasa tork sekitar 22.1Nm pada 10,000RPM, angka yang lebih tinggi mengatasi Ninja 250 yang berkuasa 32hp yang sebelum merupakan model 250 paling berkuasa. Dengan rangka kukuh jenis berlian yang menawarkan ketegaran tertinggi menyokong enjin sekuat dari Yamaha ini.
Harga sekitar RM20,630
Kawsaki
Ninja 250 SE
Kawasaki
Ninja 250 SE adalah sportbike yang bersesaran 249 CC dan memiliki enjin
4-lejang,dua silinder selari DOHC, sejukan cecair serta suntikan bahan api.
Tidak di
nafikan motosikal ini memang memiliki gaya yang terkini dan bagi anda yang
sukakan gaya sporty, Kawasaki Ninja 250 SE memang sesuai untuk anda.
Jika anda
mahu belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul, Ninja 250 adalah
pilihan yang tepat sebelum anda berpindah ke kapasiti yang lebih besar.
Harga sekitar RM22,000
Honda CBR
250 R
Honda CBR
250 R pula memiliki sesaran 249 CC, enjin 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan
cecair dan suntikan bahan api. Model motorsikal ini adalah ringan dan ramping
dan ianya sangat sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasa tungangan hebat
dari legasi CBR Fireblade.
Harga sekitar RM19,000 - RM23,000
Harga sekitar RM19,000 - RM23,000
KTM Duke 200
Motorsikal ini
mempunyai sesaran 200CC, enjin 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair dan
suntikan bahan api.
Anda sukakan motorsikal gaya Eropah dan Multi- Purpose? Jika ya maka KTM Duke 200 adalah pilihan yang tepat buat
anda. Motorsikal ini lengkap dengan komponen terbaik seperti WP dan ABS.
Ia adalah
model motorsikal yang ringan, lincah dan penuh gaya.
Harga sekitar RM17,888
Harga sekitar RM17,888
Kawasaki
Z250
Kawasaki
Z250 mempunyai sesaran 250CC dengan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC,
sejukan cecair dan suntikan bahan api.
Ini adalah
sebuah motorsikal yang di asaskan dari model Ninja 250 dan Z250 merupakan
streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000 dan Z800 .
Ia juga sebuah sportbike yang gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih
urban.
Harga sekitar RM16,700
Kawasaki VN
II 250
Kawasaki VN
II 250 mempunyai sesaran 250CC dengan
enjin 4 lejang V-2 silinder DOHC 8 injap dan sejukan cecair.
Motorsikal dari model ini menawarkan keselesaan dan kemudahan pengendalian dengan kuasa
tork yang cukup hebat. Untuk peminat cruiser yang mahukan model permulaan, ini
adalah model yang sangat sesuai untuk anda pelajari dan miliki.
Harga sekitar RM24,000
Harga sekitar RM24,000
Baiklah, itu
dia 6 motorsikal berkuasa besar yang boleh anda pertimbangkan mengikut citarasa dan kemampuan
diri anda. Anda juga boleh bertanyakan secara peribadi pengalaman mereka yang
sudah lama dalam dunia motorsikal ini.
Sekali lagi di
ingatkan supaya anda bukan sahaja membeli motorsikal mengikut kemampuan wang
anda, tetapi turut mengikut kemampuan diri untuk mengendalikan jentera hebat ini
dengan betul.
Anda mungkin berminat membaca artikel ini >> PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN
Anda mungkin berminat membaca artikel ini >> PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN