Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

8 Tips Dan cara Untuk Jimatkan Minyak Motosikal



Kos sara hidup hari ini makin lama makin bertambah. Tidak kiralah sama ada anda seorang pelajar kolej  atau pun sudah bekerjaya, beban sara diri yang kian meningkat dapat di rasakan.

Pelbagai keperluan perlu di beri perhatian termasuklah untuk urusan pengangkutan. Jika anda ke tempat kerja atau ke tempat belajar dengan menaiki motosikal, anda perlu mengisi minyak setiap hari. Makin jauh jarak perjalanan, makin banyaklah peruntukan kewangan yang perlu anda laburkan untuk bergerak.

Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa tips mudah untuk melakukan penjimatan minyak motosikal anda. Semoga semua tips ini bermanfaat buat anda :

Tips 1 : Isi Minyak Waktu Malam Atau Pagi

Pilihlah waktu yang sesuai untuk mengisi minyak motor anda. Sebenarnya tips ini juga sesuai untuk semua kenderaan yang lain. Kenapa anda di sarankan untuk mengisi minyak motor pada waktu ini?

Ini kerana ketika waktu malam atau awal pagi, kandungan cecair  di katakan berada dalam keadaan mampat berbanding waktu lain di mana panas matahari sedang naik (waktu panas tengah hari sebagai contoh).

Maka isilah minyak motosikal anda di waktu yang di sarankan supaya isian petrol akan menjadi lebih banyak.


Tips 2 : Beri perhatian pada berat motosikal

Semakin bertambah jumlah berat motor anda, semakin besar jumlah minyak yang perlu di bakar untuk mengangkut beban yang ada .

Cuba lihat pada mana-mana bahagian motosikal anda yang boleh di kurangkan beratnya seperti menukar bakul besi kepada bakul dari jensi plastic.

Anda juga boleh tukarkan seat anda kepada seat yang lebih ringan.

Tips 3 : Pemilihan motor semasa membeli

Elakkan daripada mengikut hawa nafus dengan membeli motosikal yang berwajah cantik tapi agak parah dalam penggunaan minyak. Pastikan anda membuat survey di samping mencari motosikal yang bukan sahaja bagus dari segi harga tapi bagus juag dari sudut penggunaan minyak.


Tips 4 : Tiada sifat “melenjan” motor

Adakah anda suka untuk memulas minyak motor sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat? Elakkan diri anda daripada memiliki sifat mat rempit sejati yang suka memulas minyak motor kerana cara ini akan menelan lebih banyak penggunaan minyak.

Mahu jimat minyak  motosikal? Maka anda perlulah memulas minyak motor  anda  dengan cara sederhana dan bukannya secara mendadak.

Tips 5 : Bebanan diri

Usah sensitive jika anda di sarankan untuk mengurangkan berat badan hanya kerana mahu mengurangkan  kos minyak motosikal. Ini kerana motor yang perlu mengangkut bebanan lebih besar akan menarik lebih banyak penggunaan minyak. Maka jika tuan empunyanya lebih kurus, beban yang di angkut oleh motor juga akan lebih berkurangan.
Jika anda pergi ke tempat kerja dan tempat belajar dengan membawa banyak barang, cuba lihat dahulu mana yang boleh di kurangkan atau tidak. Ini juag boelh membantu.

Tips 6 : Rancang perjalanan anda

Sudah tentu lebih panjang jarak perjalanan anda, lebih banyak masa di ambil maka  lebih banyak juga penggunaan minyak terbuang.

Rajin-rajinkan diri untuk mencari jalan pintas dengan bertanyakan kepada orang lain atau melihat melalui google maps.

Tips 7 : Elakkan laluan berbukit

Jika perjalanan anda itu akan melalui kawasan bukit, cuba untuk cari laluan alternative lain jika ada.Kenapa perlu mengelak jalan berbukit? Lalauan mendaki akan mengerahkan motorsikal anda untuk lebih bekerja kuat bagi memecut dan penggunaan minyak juga akan menjadi lebih banyak.

Tips 8 : Tayar yang cukup angin

Jika tayar motor anda cukup baik, maka perjalanan anda juga akan menjadi lebih ringan. Maka  ianya akan membantu motosikal anda untuk menjimatkan lagi penggunaan minyak.

Jadi, mudah bukan caranya? Selamat mencuba.

Anda mungkin meminati artikel ini >>> 

3 TEKNIK UTAMA UNTUK 'ATTACK' CORNER SEPERTI PRO !