Indeks dan
angka jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal semakin
hari semakin bertambah sejak dari tahun 2014 lagi. Baru-baru ini juga ada
banyak kemalangan berlaku yang melibatkan penunggang baik dari kalangan pelajar
mahu pun mereka yang sudah bekerja.
Kemalangan
jalan raya memang datangnya dari pelbagai faktor namun punca dari kealpaan dan
kelalaian pembonceng motosikal itu sendiri juga menjadi antara penyumbang.
Melalui
artikel ini, anda akan di berikan beberapa
tips utama agar anda dapat menunggang motosikal dengan cermat dan
selamat. Antara tipsnya ialah :
Tips 1 :
Memakai Visor Helmet
Tidak semua
penunggang motosikal gemar untuk menggunakan visor helmet ketika mereka
menunggang motor. Ada yang merasa rimas, pandangan tidak jelas dan ada juga
yang memberi alasan ianya agak leceh.
Namun begitu
tahukah anda bahawa helmet yang di sertakan dengan visor mampu memberi kelebihan buat anda seperti mengurangkan
sinaran matahari terus ke penglihatan serta ianya dapat membantu wajah anda
daripada terkena apa-apa serpihan ketika menunggang. Sebaiknya, pilihlah visor
yang sederhana kecerahannya.
Tips 2 : Memakai kasut
Tidak semua
orang suka memakai kasut ketika menunggang motosikal melainkan jika anda
bekerja di sektor yang mewajibkan anda untuk memakai kasut.
Bagi anda
yang menunggang motosikal, memakai kasut akan melindungi kaki anda daripada
tercedera walaupun untuk ukuran yang kecil.
Kita tidak
tahu mungkin sahaja berlaku geseren di atas permukaan jalan atau anda mungkin
terjatuh dari motor, memakai kasut yang sesuai mampu untuk melindungi kaki anda
daripada cedera.
Tips 3 : Lihat
rantai dan gear
Jadilah
penunggang motosikal yang bertanggungjawab. Usah terlalu asyik menggunakan
motosikal anda ke mana-mana tanpa melihat keadaan rantai dan gear sama ada
ianya dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Pastikan
rantai dan gigi gear (spoket) tidak berbunyi. Jika perlu tukar maka lakukan
penukaran dengan segera.
Tips 4 : Lesen
Sangat penting
untuk anda selalu memeriksa status lessen anda. Jika ke mana-mana pastikan
lessen di bawa bersama. Ramai yang mengambil mudah hal ini apabila mereka
keluar rumah. Jangan sampai pihak polis menahan anda kerana hanya tidak membawa
lessen motor.
Tips 5 : Keadaan
tayar motorsikal
Berapa kali
anda periksa kedua-dua tayar motosikal anda setiap minggu sebelum anda
bergerak? Rata-rata ramai yang tidak endah akan keadaan tayar motosikal mereka.
Pastikan
kedua-dua tayar motosikal anda itu mempunyai angin yang cukup.
Tips 6 : Sidemirror
Sangat ramai
penunggang motosikal yang berani mati dengan menunggang motor tanpa ada
sidemirror. Jika ada pun cermin itu seolah-olah tidak memberi fungsi kepada
mereka ketika berada di atas jalan raya. Sebelum begerak, pastikan sidemirror
di setting terlebih dahulu. Banyak kes kemalangan yang berlaku apabila
penunggang motor tidak prihatin akan kenderaan sekeliling dan tidak menggunakan
fungsi sidemirror sepenuhnya.
Tips 7 : Menjaga
jarak
Ketika anda
berada di lampu isyarat, pastikan jarak kaki anda itu di jaga apabila ada
kenderaan lain yang lebih besar berada dekat dengan anda sama ada van, kereta,
bas atau lori.
Tips 8 :
Elak langgar lubang
Anda selaku
pengguna jalan raya yang membawa motosikal, anda di lihat jauh lebih kecil dari
yang lain dan mempunyai risiko lebih tinggi. Apabila anda melalui jalan raya
yang permukaan tidak rata dan berlubang, anda juga lebih berisiko untuk
jatuh,cedera atau motor anda mungkin berisiko untuk rosak.
Oleh itu,
elakkan daripada melanggar lubang.
Tips 9 : Ambil tahu “port” panas
Jadilah juga
penunggang motor yang prihatin dengan mengetahui antara tempat yang menjadi
tumpuan speed trap. Dengan cara ini anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga.
Tips 10 : Pastikan
keadaan anda baik
Jika
mengantuk berhentilah dahulu di mana-mana untuk rehat. Ini biasanya berlaku
kepada penunggang yang bekerja jarak jauh dan membawa motor dalam keadaan penat
dan tidak bermaya. Ini sangat merbahaya kepada mereka dan juga pengguna jalan
raya yang lain.
Itu dia, 10
tips mudah untuk anda amalkan semasa menunggang motosikal. Semoga anda menjadi
penunggang yang berhemah dan bijak.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini >>
Anda mungkin berminat dengan artikel ini >>
No comments:
Post a Comment