Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

Tips Hebat Untuk Anda Yang Mahu Berkonvoi Ke Thailand Menggunakan Motosikal

Tips Konvoi ke Thailand - Pelesit Selatan

Pernahkah anda merancang untuk travel ke mana-mana hanya dengan menunggang motosikal anda? Bagaimana pula jika anda melancong ke Thailand dengan cara konvoi bermotor bersama-sama rakan-rakan anda?

Pastinya ia satu pengalaman yang mengujakan.

Namun begitu, melancong ke Thailand dengan membonceng motosikal anda sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Pelbagai persediaan perlu di lakukan. Jika anda mahu melancong ke Thailand menggunakan motor, ini adalah artikel yang di tulis khusus untuk anda.

Tips 1 : Persediaan diri

Pertama, pastikana anda sudah punya semua dokumen yang di kehendaki. Jangan lupa untuk simpan IC, lessen motor anda dan lain-lain di dalam sebuah beg khusus. Jika dalam perjalanan mungkin ada apa-apa keperluan yang menuntut anda untuk menunjukkan butiran peribadi, maka semuanya sudah beres tanpa masalah.

Tips 2 : Motorsikal anda berada dalam keadaan tip top

Pastikan motor anda tidak punya masalah yang berkaitan dengan undang-undang. Seterusnya, setiap bahagian juga perlu di perhatikan supaya semuanya berada dalam keadaan baik. Anda sendiri tidak mahu berdepan dengan masalah teknikal apabila dalam perjalanan ke Thailand nanti.



Tips 3 : Patuh undang-undang

Sama seperti undang-undang di Malaysia, di Thailand juga mereka punya peraturan jalan raya yang lebih kurang sama. Jangan menunggang motor anda melebihi 90 KM/Jam.
Penduduk Thailand selatan sebenarnya tidak mengambil tahu tentang peraturan jalan raya di negara mereka. Kebanyakan mereka juga menunggang motor di jalan tanpa lessen.

Oleh itu anda perlu  berhati-hati. Mungkin sahaja kelalaian orang lain akan memberi mudarat pada kita. Nauzubillah.

Tips 4 : Jaga jarak

Jika anda sampai di Thailand, anda dapat lihat pemanduan mereka agak gila kerana mereka suka mencelah tanpa memberi apa-apa syarat. Jika berlaku kemalangan kecil di hadapan mata, itu mungkin menjadi perkara biasa.

Oleh itu jaga jarak motor anda dengan kenderaan lain. Mereka mungkin membelok tanpa memberi signal kepada anda.

 Tips 5 : Halaju

Sangat penting untuk anda menjaga halaju motor anda bila berada di Thailand. Ini kerana kebanyakan kenderaan di sana suka melakukan U-turn secara tiba-tiba apatah lagi jika kawasan itu bersemak.

Dengan menunggang motor anda lebih perlahan, anda boleh mengurangkan apa-apa risiko.

Tips 6 : Buka lampu hadapan

Jika anda pergi ke Thailand secara berkonvoi, jangan lupa untuk menyalakan lampu menandakan anda berada dalam satu kumpulan yang sama. Jika kenderaan penduduk tempatan mahu mencelah, berikan lalukan kepada mereka dan hormati mereka sebagai penduduk di sana.

Tips 7 : Kad info

Sekiranya anda gemar untuk melancong secara solo dan mahu menunggang ke Thailand sendirian, pastikan ada kad info di letakkan di motor anda atau di gantung di leher seperti kad info yang di gunakan oleh pelajar kolej.

Cara ini adalah untuk memudahkan orang ramai membantu anda sekiranya ada perkara yang tidak di ingini yang mungkin berlaku.

Tips 8 : Rakan Thailand

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau rakan dari Thailand, ajak juga mereka untuk menunggang motor bersama-sama dengan anda.

Apabila kita bersiar-siar di Thailand bersama dengan penduduk tempatan, keadaan akan menjadi lebih harmoni dan banyak urusan akan menjadi lebih mudah kerana akan ada individu yang guide anda.


Jika anda mahu ke Thailand bersama motor kesayangan anda, inilah masanya. Rancang perjalanan anda dengan baik dan semoga anda menikmati travel anda.

Artikel menarik lain untuk dibaca >> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan

No comments:

Post a Comment