Kena Sorak !! Abang RR tergolek dog masa starting
Kena Sorak !! Abang RR tergolek dog masa starting. Sama ada kesilapan teknikal tanpa sengaja atau nak tunjuk aksi tapi tak menjadi tak pasti la yang pasti tergolek depan ramai orang hehe. Malu kt budak2 nk pi kelas tuisyen. Menurut jurucakap pomen fb, disebabkan motor terlalu laju tayar belakang cuba nak potong tayar depan sebab tu la terjadi kes macam ni...kih3..
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Kantoi dengan abang Polis merempit !! Ko nak menagis ke nak ketawa..
Kantoi dengan abang polis !! Ko nak menagis ke nak ketawa..buat muka seposen akhirnya abang Polis lepas gak hehe. Nasib la abang Polis suruh belanja nyanyi je tak bawa balik balai kalau tak nyusahkan mak bapak je. Saman lagi jemm...
Kredit: Malaysia Viral Video
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Legend !!! RZ, RD, TZR 3MA, TZR 125 - Geng Kulit Biawak
Legend !!! RZ, RD, TZR 3MA, TZR 125 - Geng Kulit Biawak
Moto2 lagenda yang jarang dilihat di jalanan kini, memang motor rare, siapa yang masih memilikinya jagalah ia seperti jaga awek sewaktu bercinta hehe. Harga sebiji dah sama macam harga superbike dah sekarang.
Kredit to: G.K.B Geng Kulit Biawak
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Paatu paadava !!! Y15zr Vs RS150, Lawak Mamat ni
Paatu paadava !!! Y15zr Vs RS150, terbaik mamat ni. Xtau apa yang dimaksukannya mgkin dia dok cerita pasal Y15zr vs Rs150 kot hahaha. Admin main tembak je. Macam paham plak dia. Apa pun memang menarik !!
Kredit : Adex Pelik
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Layan !! Lagu Mat Rempit Dulu - Dulu, sedap gak la boleh pecah gegendang...
Layan !! Lagu Mat Rempit Dulu - Dulu, sedap gak la boleh pecah gegendang telinga hahaha. Sekadar berkongsi dengan korang. Sila lah kecam !
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Stim pulak tengok CubPrix zaman 125z
Stim pulak tengok CubPrix zaman 125z, terbaik dari Arwah Norizman Ismail. Norizman Ismail Permata Cup Prix Malaysia Al Fatihah buat Allahyarham. Admin nak tanya kenapa cup prix hentikan perlumbaan moto 2 stroke ni? feel dia lain macam oo, Prenggg prengggg .....kalau dihidupkan kembali rasanya bertambah peminat org muda malahan otai2 yg pencen pun akan layan balik. Banyak nostalgia oo.
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Terpesona !! Keindahan Ducati 851 Clutch Loceng or Dry Clutch
Ducati 851 Clutch Loceng atau Dry Clutch
Ini baru betol garang !! Betul2 jahat bunyi dia sekali dia lalu semua terpesona...tu la keindahan clutch loceng, tak ramai memilikinya, dalam hati uishhh merecik moto bro ni, kalau la milik aku hahaha..
Ducati 851 Retro Bike.
Sumber Video : Muhammad Rahimi Maamor
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Inilah Dia 6 Motorsikal Berkuasa Besar Terbaik Untuk Anda Yang Menjadi Penunggang Baru
Ramai orang
terutamanya dari kalangan kaum lelaki memasang angan-angan untuk memiliki motorsikal berkuasa besar mereka sendiri. Motorsikal berkuasa besar yang kelihatan segak dan bergaya
memang membuatkan ramai yang cair bila melihatnya.
Tambahan pula
apabila ia memecut di lebuh raya, bagaikan akan ada satu kepuasan besar buat si
penunggang.
Namun begitu
negara mencatat jumlah kemalangan jalan raya yang makin bertambah dan mengikut
info 70% kemalangan jalan raya itu datangnya dari penunggang motosikal.
Ini juga
termasuklah mereka yang menunggang motorsikal berkuasa besar. Jika di lebuh raya, berita
kemalangan yang melibatkan penunggang superbike sering terlihat saban tahun.
Anda yang
mahu menjinakkan diri untuk memiliki superbike atau sportbike anda sendiri di nasihatkan untuk
memilih motorsikal yang bukan sahaja sesuai dengan kemampuan poket anda malah
ianya perlulah sesuai dengan kemampuan diri.
Jika anda
mampu untuk membeli sesebuah motorsikal berkuasa besar tetapi anda tidak mampu untuk mengawal
jenteranya, ia mungkin akan memberikan risiko buat anda.
Jadi sangat
penting untuk anda kenali kemampuan diri sendiri terlebih dahulu untuk memahami
selok belok dan teknikal sesebuah motorsikal sebelum beralih ke kapasiti yang
lebih besar.
Jom kenali
beberapa jenis motorsikal berkuasa besar yang mungkin sesuai dengan anda :
Yamaha YZF- R25
Menarik mengenai YZF-R25, ianya merupakan model paling berkuasa dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain. Di kuasakan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, 8 injap, sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 36PS (35.5hp, 26.5kW) pada 12,000RPM dan kuasa tork sekitar 22.1Nm pada 10,000RPM, angka yang lebih tinggi mengatasi Ninja 250 yang berkuasa 32hp yang sebelum merupakan model 250 paling berkuasa. Dengan rangka kukuh jenis berlian yang menawarkan ketegaran tertinggi menyokong enjin sekuat dari Yamaha ini.
Harga sekitar RM20,630
Yamaha YZF- R25
Menarik mengenai YZF-R25, ianya merupakan model paling berkuasa dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain. Di kuasakan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC, 8 injap, sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 36PS (35.5hp, 26.5kW) pada 12,000RPM dan kuasa tork sekitar 22.1Nm pada 10,000RPM, angka yang lebih tinggi mengatasi Ninja 250 yang berkuasa 32hp yang sebelum merupakan model 250 paling berkuasa. Dengan rangka kukuh jenis berlian yang menawarkan ketegaran tertinggi menyokong enjin sekuat dari Yamaha ini.
Harga sekitar RM20,630
Kawsaki
Ninja 250 SE
Kawasaki
Ninja 250 SE adalah sportbike yang bersesaran 249 CC dan memiliki enjin
4-lejang,dua silinder selari DOHC, sejukan cecair serta suntikan bahan api.
Tidak di
nafikan motosikal ini memang memiliki gaya yang terkini dan bagi anda yang
sukakan gaya sporty, Kawasaki Ninja 250 SE memang sesuai untuk anda.
Jika anda
mahu belajar bagaimana mengunakan anjakan gear dengan betul, Ninja 250 adalah
pilihan yang tepat sebelum anda berpindah ke kapasiti yang lebih besar.
Harga sekitar RM22,000
Honda CBR
250 R
Honda CBR
250 R pula memiliki sesaran 249 CC, enjin 4-lejang, 1silinder DOHC, sejukan
cecair dan suntikan bahan api. Model motorsikal ini adalah ringan dan ramping
dan ianya sangat sesuai untuk penunggang baru yang mahu merasa tungangan hebat
dari legasi CBR Fireblade.
Harga sekitar RM19,000 - RM23,000
Harga sekitar RM19,000 - RM23,000
KTM Duke 200
Motorsikal ini
mempunyai sesaran 200CC, enjin 4-lejang, 1 silinder DOHC, sejukan cecair dan
suntikan bahan api.
Anda sukakan motorsikal gaya Eropah dan Multi- Purpose? Jika ya maka KTM Duke 200 adalah pilihan yang tepat buat
anda. Motorsikal ini lengkap dengan komponen terbaik seperti WP dan ABS.
Ia adalah
model motorsikal yang ringan, lincah dan penuh gaya.
Harga sekitar RM17,888
Harga sekitar RM17,888
Kawasaki
Z250
Kawasaki
Z250 mempunyai sesaran 250CC dengan enjin 4 lejang, 2 silinder sebaris DOHC,
sejukan cecair dan suntikan bahan api.
Ini adalah
sebuah motorsikal yang di asaskan dari model Ninja 250 dan Z250 merupakan
streetfighter yang dinamik dan agresif yang mengabungkan konsep Z1000 dan Z800 .
Ia juga sebuah sportbike yang gagah dan lincah dengan rekabentuk yang lebih
urban.
Harga sekitar RM16,700
Kawasaki VN
II 250
Kawasaki VN
II 250 mempunyai sesaran 250CC dengan
enjin 4 lejang V-2 silinder DOHC 8 injap dan sejukan cecair.
Motorsikal dari model ini menawarkan keselesaan dan kemudahan pengendalian dengan kuasa
tork yang cukup hebat. Untuk peminat cruiser yang mahukan model permulaan, ini
adalah model yang sangat sesuai untuk anda pelajari dan miliki.
Harga sekitar RM24,000
Harga sekitar RM24,000
Baiklah, itu
dia 6 motorsikal berkuasa besar yang boleh anda pertimbangkan mengikut citarasa dan kemampuan
diri anda. Anda juga boleh bertanyakan secara peribadi pengalaman mereka yang
sudah lama dalam dunia motorsikal ini.
Sekali lagi di
ingatkan supaya anda bukan sahaja membeli motorsikal mengikut kemampuan wang
anda, tetapi turut mengikut kemampuan diri untuk mengendalikan jentera hebat ini
dengan betul.
Anda mungkin berminat membaca artikel ini >> PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN
Anda mungkin berminat membaca artikel ini >> PANDUAN RINGKAS MEMILIH MOTOSIKAL IDAMAN - 7 JENIS ENJIN MOTORSIKAL MODEN
Longgok! Y15zr padu abis semua kena tinggal, apa toyol dia guna
Longgok! Y15ZR Abis semua kena tinggal, apa toyol dia guna. Untuk makluman ni bukan video Malaysia, tengok gaya macam di Thailand atau mungkin juga Vietnam. Y15zr kt Malaysia pun ada makin laju tapi pomen2 masih sorok lg resepi pembikinan y15zr ni. Injection adalah nadi motosikal pada masa hadapan. Mantap dan padu moto dia moto drag pun kena tapau abis...kalau ada kenal pomen2 y15zr Malaysia yang mantap leh share di komen nnt admin up kt info.
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Panas !! Abang 135 Lc berat 108kg Spec 60 vs Y15ZR spec 65
Abang 135 Lc berat 108kg Spec 60 vs Y15ZR spec 65. Mencanak kot abang lc walaupun berat muatan lebih skit. Yang potong depan tu ninja 250. Tapi admin rasa y15zr ni moto baru bukan senang kot nak setting pakai la spec berapa pun x sama macam setting 135 Lc.
#ukurjalan
#sukanmalam
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Padu !! X1R Selambe je dia potong RXZ Fly
Just share....
Biasa2 aje...
Bukan king bukan idola...
Hanya PENCINTA KELAJUAN!!!
#X1r
#NoJackrod
#StandartMody
#ModalXhabis3k
#janganKecamRXZ
#The_BossIsTheBest 💪
#TunedByAMIRULMOTOR
#AMIRULMOTORsupporter
AZHAR X1R
#OwnerXbagiTag😎
Credit 👇
#EBJmotorsport
#EmpayarBudakJakel
#kakibeliung
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Tips Hebat Untuk Anda Yang Mahu Berkonvoi Ke Thailand Menggunakan Motosikal
Pernahkah
anda merancang untuk travel ke mana-mana hanya dengan menunggang motosikal
anda? Bagaimana pula jika anda melancong ke Thailand dengan cara konvoi
bermotor bersama-sama rakan-rakan anda?
Pastinya ia
satu pengalaman yang mengujakan.
Namun
begitu, melancong ke Thailand dengan membonceng motosikal anda sendiri bukanlah
satu hal yang mudah. Pelbagai persediaan perlu di lakukan. Jika anda mahu
melancong ke Thailand menggunakan motor, ini adalah artikel yang di tulis
khusus untuk anda.
Tips 1 : Persediaan
diri
Pertama,
pastikana anda sudah punya semua dokumen yang di kehendaki. Jangan lupa untuk
simpan IC, lessen motor anda dan lain-lain di dalam sebuah beg khusus. Jika
dalam perjalanan mungkin ada apa-apa keperluan yang menuntut anda untuk
menunjukkan butiran peribadi, maka semuanya sudah beres tanpa masalah.
Tips 2 :
Motorsikal anda berada dalam keadaan tip top
Pastikan
motor anda tidak punya masalah yang berkaitan dengan undang-undang. Seterusnya,
setiap bahagian juga perlu di perhatikan supaya semuanya berada dalam keadaan
baik. Anda sendiri tidak mahu berdepan dengan masalah teknikal apabila dalam
perjalanan ke Thailand nanti.
Tips 3 : Patuh
undang-undang
Sama seperti
undang-undang di Malaysia, di Thailand juga mereka punya peraturan jalan raya
yang lebih kurang sama. Jangan menunggang motor anda melebihi 90 KM/Jam.
Penduduk
Thailand selatan sebenarnya tidak mengambil tahu tentang peraturan jalan raya
di negara mereka. Kebanyakan mereka juga menunggang motor di jalan tanpa
lessen.
Oleh itu
anda perlu berhati-hati. Mungkin sahaja
kelalaian orang lain akan memberi mudarat pada kita. Nauzubillah.
Tips 4 : Jaga
jarak
Jika anda
sampai di Thailand, anda dapat lihat pemanduan mereka agak gila kerana mereka
suka mencelah tanpa memberi apa-apa syarat. Jika berlaku kemalangan kecil di
hadapan mata, itu mungkin menjadi perkara biasa.
Oleh itu
jaga jarak motor anda dengan kenderaan lain. Mereka mungkin membelok tanpa
memberi signal kepada anda.
Tips 5 : Halaju
Sangat
penting untuk anda menjaga halaju motor anda bila berada di Thailand. Ini
kerana kebanyakan kenderaan di sana suka melakukan U-turn secara tiba-tiba
apatah lagi jika kawasan itu bersemak.
Dengan
menunggang motor anda lebih perlahan, anda boleh mengurangkan apa-apa risiko.
Tips 6 : Buka
lampu hadapan
Jika anda
pergi ke Thailand secara berkonvoi, jangan lupa untuk menyalakan lampu
menandakan anda berada dalam satu kumpulan yang sama. Jika kenderaan penduduk
tempatan mahu mencelah, berikan lalukan kepada mereka dan hormati mereka
sebagai penduduk di sana.
Tips 7 : Kad
info
Sekiranya
anda gemar untuk melancong secara solo dan mahu menunggang ke Thailand
sendirian, pastikan ada kad info di letakkan di motor anda atau di gantung di
leher seperti kad info yang di gunakan oleh pelajar kolej.
Cara ini
adalah untuk memudahkan orang ramai membantu anda sekiranya ada perkara yang
tidak di ingini yang mungkin berlaku.
Tips 8 :
Rakan Thailand
Sekiranya
anda mempunyai kenalan atau rakan dari Thailand, ajak juga mereka untuk
menunggang motor bersama-sama dengan anda.
Apabila kita
bersiar-siar di Thailand bersama dengan penduduk tempatan, keadaan akan menjadi
lebih harmoni dan banyak urusan akan menjadi lebih mudah kerana akan ada
individu yang guide anda.
Jika anda
mahu ke Thailand bersama motor kesayangan anda, inilah masanya. Rancang
perjalanan anda dengan baik dan semoga anda menikmati travel anda.
Artikel menarik lain untuk dibaca >> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan
Artikel menarik lain untuk dibaca >> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Tinggal Kenangan
C70 Kelajuan Maksimum Saing2 Lc Je...Tapi Lastly...
C70 Kelajuan Maksimum Saing2 Lc Je...Tapi Lastly...Tengok apa berlaku ni la akibatnya kalau tengah laju2 tu main ular plak. Ko dah xleh pergi bagi la org pergi jangan dok lagak mcm pro..nyawa beb! Apa2 pun motor C70 tu mmg power! Haha
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Mahu Elak Motosikal Anda Daripada Dicuri? Ikuti 5 Tips Ini
Kes kecurian
motor sering berlaku dari tahun ke tahun dan jenayah ini semakin hari semakin
membimbangkan. Jika anda sendiri pernah melalui pengalaman pahit ini, pasti
anda merasa serik untuk memiliki motor yang jauh lebih mahal, bimbang jika
pisang bakal berbuah dua kali.
Jika anda
mahu motosikal anda selamat daripada di curi pihak tidak bertanggungjawab,
ikuti 5 tips keselamatan di bawah ini :
Tips 1 : Disc
Lock
Rata-rata
semua motosikal mempunyai disc lock (kunci brek hadapan). Jangan sia-siakan
fungsi brek ini untuk mengelakkan motor anda daripada di curi. Memang benar,
ada kalanya si pencuri sangat bijak dan mampu lolos disc lock dan mereka boleh mengangkut pergi motosikal anda tanpa anda sedari.
Namun
begitu, meninggalkan motor dengan brek hadapan di kunci paling kurang dapat
melengahkan sang pencuri. Jika pergerakannya mencurigakan orang ramai, paling
tidak anda dan orang sekeliling punya masa untuk menghalang mereka.
Tips 2 : Penggunaan
rantai atau kabel
Jika
motosikal menggunakan kunci brek hadapan masih tidak menjamin motor anda di
curi, terus apakah ada cara lain yang boleh anda guna? Jika pencuri adalah
sekitar 3-4 orang dan mereka mengangkat motor anda menggunakan lori atau van,
memang benar anda perlu ikhtiar untuk mengetatkan lagi jaringan keselamatan motosikal
anda.
Anda di
sarankan untuk menggunakan kabel atau rantai motor dan tambatkan pada objek
kekal seperti tiang elektrik atau pada motosikal rakan anda yang lain.
Gunakan
kabel dari jenis aloi . Ia bukan sahaja ringan malah lebih kuat serta kukuh dan jika ada mana-mana individu mahu mencuri motor anda, mereka perlu
memotong terlebih dahulu kabel itu menggunakan alat kimpalan logam.
Jadi jika
boleh, laburkan wang anda untuk membeli kabel anda sendiri untuk tujuan
keselamatan motosikal kesayangan anda.
Tips 3 : Sistem
penggera
Sama seperti
kereta anda yang mempunyai system penggeranya sendiri, maka motosikal anda juga
boleh di tingkatkan keselamatannya menggunakan kaedah yang sama.
Jika berlaku
apa-apa pergerakan pada motor anda, penggera akan berbunyi dan ini dapat
menarik perhatian orang sekeliling. Sekiranya kawasan rumah anda di ceroboh
pada waktu malam dan motosikal anda mungkin mahu “di angkut” oleh si pencuri,
paling kurang anda mungkin akan tersedar dari tidur kerana akan ada bunyi yang
di keluarkan melalui alarm motosikal anda.
Namun
begitu, suka di kongsi kepada anda bahawa tidak semau keadaan akan membantu.
Ini kerana ada sesetengah pencuri akan dengan sengaja menggerakkan motosikal
anda sehingga system berbunyi. Cara ini akan di lakukan berulang kali dan
sambil itu pencuri itu akan memerhatikan dari jauh sekiranya empunya motosikal
akan datang atau tidak. Jika hanya penggera yang berbunyi namun tiada orang
yang datang, maka pencuri akan membawa dan mengangkat motosikal anda begitu
sahaja.
Tips 4 : Lokasi
parking
Memang tidak
mudah untuk memilih tempat parking bagi meletakkan motosikal kesayangan anda.
Namun begitu, untuk mengurangkan lagi risiko motor daripada di curi,
letakkanlah ia di tempat yang sering adanya lalu lalang orang ramai. Jika anda
makan di kedai letakkan motosikal anda di hadapan kedai dan elakkan mana-mana
tempat berisiko seperti belakang bangunan.
Pencuri
sukakan privasi. Makin jauh motosikal anda daripada pandangan manusia, makin
mudah untuk mereka melakukan kerja mereka.
Tips 5 : Mengatur
susunan kenderaan
Bukan sahaja
di tempat awam, motosikal juga sangat banyak di curi dari rumah kediaman orang
ramai. Mereka mungkin sudah melihat pergerakan anda dari tempat kerja ke rumah
anda.
Adalah lebih
baik anda meletakkan motor anda itu di belakang kereta anda. Maksudnya di sini,
jika mengikut akal, mereka perlu mengalihkan kereta dahulu untuk mengeluarkan
motosikal anda.
Lakukan apa
sahaja untuk mengurangkan risiko motosikal anda di curi. Ia bukanlah satu
barang yang mudah untuk di beli dengan
kos murah. Semoga semua tips ini akan
dapat membantu anda nanti.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini >> Panduan Memilih Motorsikal Kegunaan Kerja Harian
Waw !! Abang RR Merah Belanja Wekang Cantik Punye
Waw! Abang RR Merah Belanja Wekang Cantik Punye ! Ramai asyik tunjuk aksi pacak je lama dah tak nampak aksi wekang cantik macam ni, payah woo nak wekang mau rosak dulu moto sebelum pandai haha. Sape ye abang Rr merah coverset indon ni?
Untuk lebih banyak video menarik setiap hari sila subscribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)