Post kali ini adalah uji kaji setelah sekian lama mengubah spesifikasi motor kepada asal... means kembali standard bro. Well, modified ney memang best. Penangan dia perggghhh memang terbaik. Nak laju je setiap kali jumpa LC lain atau motor2 saingan dengannya..
Yamaha Malaysia dah lancarkan model terbaru iaitu Yamaha Y15ZR. Dengar cite laju semacam walaupun standard. Well, kita tak dapat melihat dengan mata sendiri on the road saing2 dengan LC lama lagi... So, tak leh nak judge motor baru.
Topspeed = 138 kph on meter. Tapi andai ada ralat pada meter mungkin tak banyak.
Banding dengan LC v1.. Hmmm.. meter xleh pakai. Topspeed 170 kph meter. Tipu habis la~ hahahaha.. Saya kalau nampak ade orang komen LC v1 laju sampai 170 kph memang gelak guling2 la.. Kene tipu dengan meter.. puih la..
So, daripada problem iaitu cost tinggi untuk modified tetapi demi mencapai matlamat untuk terus laju kehadapan. Saya telah membuat kajian seba sedikit tentang standard tuning.
1. Ujikaji Sprocket ratio.
Perkara yang anda perlu faham ialah mengubah sprocket ratio boleh menyebabkan perubahan pada kuasa kuda dan kuasa kilas pada engine motor... means Horsepower dan Torque... hmm.. kalau tak faham boleh google la meaning those words..
Conclusin, perkara yang kene faham :
Torque meningkat = Pickup laju, Acceleration pantas, Pecutan tinggi.
Torque menurun = Pickup lambat, Acceleration slow, Berat la senang cite.
Basicly menukar saiz sprocket depan menyebabkan perubahan yang sangat besar pada engine. Misalnya jika ia ditukar kepada saiz kecil, Torque akan meningkat. Manakala Jika ditukar kepada saiz besar, Torque akan menurun.
Jika menukar saiz sprocket belakang, effectnya tidak sebesar sprocket depan. tapi at the end, Anda akan rasa effectnya pada topspeed. Sprocket belakang terbalik effecting berbanding sprocket depan. Jika ditukar saiz besar, Torque meningkat. Dan ditukar saiz kecil, Torque menurun..
So, bagaimana nak tahu effect asas sebelum menukar saiz sprocket?
Saiz asal sprocket ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 39 (driven) belakang
Drive ratio = 15 ÷ 39
= 0.3846
Saiz sprocket baru ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 38 (driven) belakang
New Drive ratio = 15 ÷ 38
= 0.3947
So, = 0.3947 - 0.3846
= 0.01 (decrease torque)
Sprocket 15-38... tpi susah giler nak dpt.. ney pun
sebab dalam tunnel highway.. pickup memang
sedih la.. engine standard.
Apabila new drive ratio adalah nilainya lebih besar, kesannya adalah anda akan dapat increase topspeed tetapi decrease in acceleration.. means topspeed meningkat tapi pickup menurun..
Saiz sprocket baru ( 4 speed ) : 15 (drive) depan, 40 (driven) belakang
2nd Drive ratio = 15 ÷ 40
= 0.375
So, = 0.375 - 0.3846
= - 0.0096 (increase torque)
Apabila 2nd drive ratio lebih kecil nilainya bermakna decrease topspeed, increase acceleration.
Lastly, cuma nak ingtkan kepada yang inginkan high topspeed, drive ratio tu tak perlu lah terlalu besar nilainya kerana horsepower pada engine akan menurun. Motor terlalu berat dan mengambil masa yang lama untuk mencapai topspeed sebenar.
Untuk kepada pengguna racing CDI, biasenya cut-off pada 12K rpm. jadi jika nilai drive ratio besar, kemungkinan nak capai 12K rpm adalah mustahil. Disyarankan guna drive ratio yang rendah agar dapat serasikan horsepower engine untuk capai 12k rpm (max rpm)... Sebab topspeed motor pada rpm paling tinggi..
Cukup setakat kali ini. teruskan jadi followers kerana ada banyak lagi post uji kaji yang akan datang.
Selamat mencuba... Semoga semakin Laju kedepan :)
Jangan lupa share resepi ni
Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment