Jika anda masih baru disini, sila masukkan email anda utk dapatkan update-update terkini setiap hari melalui email dan melanggan Pelesit Selatan blog. Percuma je!

Delivered by FeedBurner

Full Throttle, 180 - 200 Kmh Berakhir Dengan Percikan Bunga Api



Full Throttle, 180 - 200 Kmh Berakhir Dengan Percikan Bunga Api

Tersebar di laman sosial yang dikongsi oleh pengguna Facebook dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas). Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain. Kerana rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.

Berdasarkan komen perserta lumba haram ini mengalami kecederaan yang parah. Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal tidak berguna

Sila subcribe channel youtube kami https://www.youtube.com/c/PelesitSelatan untuk lebih banyak video menarik dan layari juga blog kami di http://pelesitselatan.blogspot.my

No comments:

Post a Comment